K . E . N . A . P . A

Aku tak faham. 

Aku rasa dah lebih dari seribu kali aku fikirkan pasal 'kenapa'. Sejak haritu lagi. Tapi masih lagi aku tak faham. Pelbagai sebab dah aku fikirkan, mengkaji peratusan kebarangkalian logiknya 'kenapa' itu terjadi. Tapi aku masih lagi tak faham. Atau sebab otak aku dah jadi tersangat dungu, dikaburkan dengan memori dan harapan yang semakin tak jelas? Seperti lirik lagu Stacy ( Pakai Buang ), aku tertanya-tanya juga : "Kenapa bah kau berubah?". Kelakar sebenarnya lirik tu. Tak sangka, Stacy mengekalkan ciri Sabahan nya dalam lagu tuh.

Aku sudah boleh menerima hal itu, tapi ada masanya, aku betul-betul keliru dan tidak faham. Membuatkan aku rasa .....boleh tak kamu semua bayangkan rasa itu? Rasa seperti tidak puas hati, sedih, kecewa dan...aku tak tahu macammana nak tulis.

She had the world - Panic at the Disco. Lagu ini kawan aku yang bagi. Pada mulanya aku kurang faham apa point dia bagi lagu ni. Aku fahamkan lirik dia. Betul-betul aku rasa sedih.

She said she'd won the world at a carnival
But she couldn't ever win me

Aku bagitau dia, aku rasa sedih bila aku dah faham lagu ni. Dia cakap, dia tujukan lagu ni dekat semua peminat dia, dengan niat nak bagitahu secara tersirat yang 'kamu tak boleh menang aku'. But hey! Aku bukan rasa sedih sebab kamu. Aku tak kisah pun pasal kamu. Tapi sebab dia. Dia yang buat aku tak faham. Mungkin betul, he don't love me, he just passing the time. Satu hakikat yang harus aku terima. Tapi tik tik tik, waktu berdetik.. dan kamu tak tahu hancurnya hatiku... jadi diriku yang masih cinta.

Banyak lirik pula dalam post aku kali ni. Ada orang kata :

When words fail, music speaks


Tapi aku masih juga mendermakan perkataan dan ayat di blogger.com ini.

Ada masanya aku rasa ingin berjumpa dengannya, bertentang mata dengannya dan ...

"Kenapa...?"

Tapi aku terpaksa diamkan. Sebab, ada kalanya diam itu lebih baik daripada berkata. Tapi betulkah apa yang aku buat ni? Adakah diam itu lebih bagus untuk aku? Mungkin aku harus biarkan masa yang menentukan segalanya.

2 comments:

  1. banyak perkara yang tiada penjelasan kot... :)

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. thanks Zewt
    ur simple comment dh cukup buat sy tenang n sedar

    ;)

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews