Aku dengar kau dilema lagi?
Eh eh dah nak raya lah. Tiba-tiba macam tak rasa lak dah berpuasa sebulan. *Memanglah, dah kau puasa pun tak cukup sebulan -_-*.

Orang lain mesti dah sibuk buat persiapan raya kan? Jangan harap lah nak tido di petang hari tengok TV. Mesti mak korang dah bising suruh tolong kemas rumah, anyam ketupat, bakar kuih, tukar langsir, lap kipas dan sebagainya. Baju raya lak berapa pasang? Tahun ni ada 3 pasang tak?

Aku? Eh sedihnya. Tahun ni tak raya dengan family. Setakat tak balik raya kat kampung tuh dah biasa dah. Tapi tahun ni first time tak raya dengan family. Mak ayah dan adik aku dah pindah balik ke kampung. So tinggal lah aku dengan abang aku kat sini. Tak beli tiket, sebab hari tu tiket dah mahal. Aku miskin lagi, sebab kerja pun tak stabil lagi. Tunggu-tunggu promotion punya price, semua promotion tipu-tipu. Time nak dekat raya semua mahal juga. 

So tahun ni takde kuih raya, takder baju raya, takder rendang. Sedihnya...So demi nak merasa sikit suasana raya ni, aku rajin kan lah sikit diri ni yang malas, kemas-kemas rumah, kemas dapur, potong-potong kurma sebab ingat nak buat cookies lah. Tahun ni makan cookies raya jer lah. At least kalau kawan datang mengejut nak beraya pun, ada juga untuk dibuat makan.

Jadi sempena Hari Raya ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Minta maaf banyak-banyak dekat semua pihak kalau ada tersilap kata, terluka kan hati. Semoga raya tahun ni gembira untuk korang.


uniform mengemas rumah untuk raya!







! Jahat ker aku kalau aku cakap, aku still tak dapat nak maafkan dia? Entah la, bukan tak nak, tapi, sakit tu still ada. Aku penah cakap, yang aku dah maafkan dia. Tapi aku still rasa sakit dan, rasa marah..kecewa. Semoga perasaan tuh cepat hilang....




Dino, I Love You

sejak dari dulu hingga sekarang. Kau bukan bounty love mahupun cinta komik semata-mata. Lol, apahal bunyi serious sangat.


Sejak dari sekolah menengah, aku selalu bermimpi/berangan/berharap dapat boyflen seorang mafia. Entah kenapa, tapi aku terhengen sangat. Perasaan nak ada seorang yang kuat dan jahat, tapi dalam hati ada taman penuh bunga ros, dan ada kebaikan, dan aku adalah no1 dalam hati dia. Seorang mafia yang berlawan dengan orang jahat lain untuk make sure aku selamat setelah diculik. Menjadi madam besar yang disenangi dan disayangi oleh keluarga mafia ku. Gila punya imaginasi. Tabiat teruk ini bukan datang setelah aku baca manga Reborn dari Kreko ye. Sebelumnya lagi. So bila Reborn keluar kat Kreko, aku bertambah yakin dengan imaginasi sendiri.


Tapi manga is manga, reality is reality. Tapi kalau diberi peluang untuk aku bermimpi tiap malam, diberi peluang untuk menjadi binik encik mafia, siapakah menjadi pilihan hati? *berdasarkan karakter dari Reborn*.

Yaa sudah tentu enchik Dino Cavallone ku...



Dino sangat cool, hensomm, blondieee, bertattoooooo, mata kuyu yang menggoda, senyuman yang menawan, sangat caring, and most importantly, super duper clumsy. Giler ah menggoda sifat ko nieh Dino. Nasib baik tak wujud dalam dunia realiti mahu pun muka buku. Kalau tak memang dari dulu I LOVE you only lahhh.


Okeh sekian terima kasih. dah sangat mengantuk.


*entry ini sajer jer poyo-poyo, gedik-gedik nak lari dari kehidupan sebenar sebentar*

A big Announcement

Congratulations. You have broken my heart two times. 






So dear family and friends, please don't ask why. Please don't ever mention this words for a while :
- ur bf
- abang ipar
- dia
- why
- what happen?

because I am totally broken. I am not 'double' anymore. What you see now is the part of me, who is trying her best, to look strong. So please, just believe to this picture, that 'I AM OKAY'



Bibi, I miss You.

Pernah dulu aku post gambar masa sekolah, ada arwah kawan ku dalam gambar tu, orang tegur. Tak elok letak gambar orang yang dah tak ada katanya.

Tapi aku rindu sangat kat Bibi-bibi ku. So tak kisahlah orang nak cakap apa. Aku cuma nak kongsi gambar dia yang comel. Macam mana nak lupa. Dari baby mata tak buka lagi, jalan pun jatuh-jatuh lagi aku dah jaga. Lepas tuh hilang di depan mata. Aku rindu kat bibi yang nakal, suka minta perhatian, suka buat lawak depan aku. Aku rindu sangat... disebabkan rasa yang rindu sangat, aku nak kongsi gambar bibi yang cantik. Maksud aku, bibi tuh sendiri dah cantik. He's beautiful to me...Tak boleh nak lupa. Semua perangai nakal dan lucu dia ada kat kepala, ada kat dalam hati. Bi...I am so sorry....sebab tak dapat protect ko...

Veteriner syak ada orang tendang bibi kat perut dia, dan akibatnya, dia punya bladder rosak dan membengkak. Kenapa jahat sangat? Tak boleh lupa dia sesak nafas kat tangan sendiri....Betul tak boleh lupa..

Dia suka pose tuk aku. Manja

 Sexy kah nieh bi?


 Time bawa ke klinik vet....

.........


Jadi tolonglah, tolong jangan dera haiwan..Sakit tau tak....Aku tau macam mana sakit dan seksa nya dorang. Aku dah nampak dengan mata sendiri. Camana seksanyer bibi, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh kencing berak semua. Nak gerak tak boleh, most of the time dia duduk kat toilet, sebab situ jer tempat yg rasa sejuk sikit. Dia terseksa sangat....Jadi tolonglah jangan....

Tak kisahlah kucing kat tepi jalan ker, anjing ker, monyet ker...haiwan tuh makhluk tuhan juga. Dorang ada perasaan, pandai rasa sakit....

TRUST

Malam nieh aku rasa lega sangat. Sebab ada beberapa ketika, aku macam bodoh sangat. Aku terlupa akan satu hal yang pdahal masa dulu, aku sangat berpegang akan hal tuh.

TRUST.

Aku dikaburi dengan perasaan sampai terlupa untuk percaya. How stupid I am. Sendiri menyusahkan diri sendiri. Sendiri bagi rasa sakit kat diri sendiri. I'm sorry.

Aku rasa mungkin sebab aku takut sangat dengan hal yang dulu, sampai aku jd lemah, dan lupa untuk percaya. Padahal, kepercayaan tuh lah asas yang paling penting dalam hubungan. Selepas baca entri ariffshah tadi, aku gelak sorang-sorang. Mana moto yang aku pegang tuh? Syukur aku terbaca entri tuh. Tersedar aku tuk seketika. Syukur Alhamdulillah

Tiba-tiba selera makan naik semula :)


Love sometimes takes a lot of sacrifices, more than we could ever imagined but at the end of the day we know it is worthy.

Quote amik dari blog ariff  



Love is like a circus.. it is beautiful, terrifying and magical at the same time.

Please don't eat Megi because

Makan maggi di waktu lapar adalah satu tindakan yang amat salah!

Ianya hanya akan membuat perut lebih sakit seperti lebih banyak asid dicurahkan ke dinding perut. Apatah lagi jika baru kena serangan gastrik 2-3 hari yang lalu. Mungkin ia boleh melegakan perut anda yang sedang bermain drum, tapi ianya tidak dapat memberhentikan enchik Chester Bernington daripada menjerit jerit di dalam perut.
Jadi janganlah makan maggi di waktu lapar. Yer saya faham di rumah anda tiada bekalan makanan yang lain, tinggal sebungkus maggi assam laksa jer. Tapi silalah minum air kosong sahaja ataupun berpuasa. Demi kesihatan perut anda yang asyik kena gastrik.



Huh, pedas lah pulak megi asam laksa nieh...Adeyy....adey...sakit

Ibu, I Love You!

Yes ibu, I love you.

Sebenarnya aku agak iri hati bila tengok status kat FB atau tweet orang. Semua wish Happy Mothers Day, cerita how much they love their mothers. Peluk ibu, ibulah kawan karib mereka, dan semua-semua lah. Aku sangat iri hati..sebab hubungan aku with her tak sebaik itu...Bukan semua orang kat dunia nieh ada relationship yang bagus with their own mother. Buat masa sekarang, aku cuma jatuh dalam part golongan yang ....hmmm.
Tapi itu tidak bermakna yang aku tak sayangkan ibu aku atau apa.

Walaupun kita selalu tidak sehaluan, selalu berdebat, tapi saya sentiasa sayangkan ibu. I love you the most. Hari-hari pun saya rindukan ibu. You are everything to me. Ibu, saya minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang sempurna untuk ibu. Tapi saya sayangkan ibu, sangat-sangat.....

And I know...after 3 days staying at klang nanti, i'll be crying at night because I miss you so much and you are so far from me.

Kesimpulannya,
Saya Sayang Ibu
Selamat Hari Ibu


IronMan or IronBaby?



IronMan The Movie! Eh tidak, ini adalah IronMan yang paling comel dan kiuttt di dunia. IronMan the Baby!
Ini adalah sebuah video parody yang dihasilkan oleh Patrick Boivin, seorang film maker dari Canada. Dia nieh memang suka buat stop-motion film yang pendek.

Tapi yang ini memang sangat awwesomeee*sila sebut gaya British*. Yang tak tahan tuh, siap ada extra accessories kat suit dia. Extra weapon agaknya? Heheh enjoy!


Jangan lak pergi counter TGV tanya bila movie nieh keluar tau...heheh

Seandainya lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.



Jasmine slalu hepi

Salah ker kalau Jasmine nak slalu hepi? Takkanlah harus sedih jer?
Tapi siapa Jasmine nieh?

Aku pun tak tahu. Tiba-tiba nampak rakan like I hate Jasmine Slalu Hepi. Hairan juga. Sebelum ni Rebecca Black kena benci sebab nyanyi lagu Friday. Dia ni kena benci sebab apa pula? Sebab nyanyi lagu Sunday?

So, google punya google, akhirnya dapatlah tahu. Rupanya makhluk seorang ini, yang entah apa identiti sebenar dia *kemungkinan besar dia hanyalah penyamar di sebalik gambar dan wajah yg comel tu* menghina agama Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Apa lagi, naik berang lah semua orang, termasuk lah yang tak pernah pun sembahyang lima rakaat, memaki, mengumpat, melaknat dan segala-galanya kat FB minah ni. Bayangkan, satu status dia mampu mendapat 200k++ comment. Kalau jumlah comment tuh di convert kepada jumlah Afundi, confirm dah menang AF minah ni, Takpun AFI.


Cik Jasmine yang slalu hepi

Bermacam-macam pages atau event yang boleh di jumpai kat FB bila taip Jasmine Slalu Hepi. Diantaranya, yang paling aku tak boleh nak tahan, adalah yang INI!


erkk.....disiksa tanpa busana? Pakaian? Nieh nak amik kesempatan ker apa...? Apa miang gatal sangat tukang buat event nieh nak tengok orang kena seksa bogel. 85 confirmed guests ni sure orang miang gak...

Relax lah wahai semua. Memanglah tak elok dia hina agama dan nabi tercinta kita. Tapi bukan ada faedah pun korang duk maki hamun kat pages anti ker apa ker. Kalau benci, pergi tekan report person ker, flag person ker. Bukan nak kata aku baik sangat, tapi tak payahlah nak tambah dosa, semata-mata nak tunjuk 'kaulah pejuang agama bangsa dan negara'. Lagi baik kalau kita duduk, buat muhasabah diri, dan menginsafi diri sendiri. Sekarang ni makin ramai perosak agama. Dalam diri kita sendiri pun ada tau..

Tapi rasanya, FB minah nieh dah kena delete kut oleh pihak FB. Tapi bila search, banyak pula klon si Jasmine nieh. Giler ahh. Kang jadi macam dalam cerita Resident Evil, korang bayangkan si Jasmine nieh jadi Alice, tapi bukan lawan dengan zombie. Tapi melawan para ustad dan ulama-ulama. Wuu palis-palis....

She's beautiful

DANBO

Nak Danbo....sebesar-besar size yang ada. Mana nak cari?

Nak...........




Gambar pinjam : SINI BANYAK DANBO

kena pinjam sebab tak ada danbo lagi

The Devil's Inside Me


Godek-godek folder, jumpa lah stock gambar kawan-kawan masa kerja kat SR dulu. Lama tak main editing, so cuba-cuba lah. Bila dah siap, entah kenapa, macam aku bangga lak tengok. Wahahah baru main layer dengan brush. Belum letak image lain lagi nieh. Wahahahaha


Sudah sudah............bawa bertenang

PK Revolutions Clothing

Aku ingat nak jual T Shirt PK Revolutions Limited Edition yang aku baru beli tuh lah.
Hari tuh tengok kat fb, fuyoooh semartnyerrr bajuuu. Nakk beliii lahhh. Ikut kata hati sangat, kat situ juga terbang rm100 untuk dua pasang T-shirt, dan button badge feereeeeeee. Kalau aku waras sikit masa tuh, rm100 dah boleh beli TIGA baju turtleneck kat Uniqlo. At least boleh pakai pergi kerja. Ini beli t-shirt, hang nak jual insurans kat orang pakai t-shirt ala-ala metal kah? Tapi serious smart wehh baju PK nieh. Bukan sebab aku tak suka..cuma tiba-tiba aku rasa miskin dan tak berbaloi sangat kut beli....?


So ada siapa-siapa nak beli dari saya? :)




=) =)

=)










.
.
.
.
.
.
.
.


tapi aku tak dapat bajunyer lagi......

New York, Beck City dan ChanSung?

Saya mula bermain semula SimCity4 sejak 2 minggu yang lalu *kut....*. Sepanjang 2 minggu ni, macam-macam cabaran yang saya lalui sebagai seorang Mayor. Ecehh, wa jadi Mayor tuh bai...pedahal wa tanam anggur jer selama ni. Dari masalah No Job, population yang tidak mahu meningkat, air pollution,  abandoned building merata-rata, akhirnya, region New York aku dah ada 4 city weyh! Walaupun hanya 1 jer main city......tapi ada 4 city weyh!

Beck City adalah main city, yang dijaga oleh Mayor Ramona Flower * saya lah tuu.....saya lah tuu.....*. Kini dah ada 16k population! Ya saya bangga walaupun orang lain boleh capai 100k, sebab bukan senang tau untuk saya melihat pencapaian begini. Dah ada beberapa bangunan commercial dan office 40 tingkat. Dah ada condominium yang mewah beberapa buah, dan hampir semua industry di Beck City adalah High Tech Industry. Hebat tak? Ehheehee...... Saksikan keindahan Beck City di waktu malam. Nak tunggu KLCC muncul jer lagi.

 nehh...nampak tu. I ada condo mewah yang berkelipan di waktu malam. huhuhs

 bangunan commerical minangkabau

ChanSung I lebiuuuu! :>


Sekian, laporan dari ,
Mayor Ramona Flowers

Beck City kena virus kulat?

Sim City.

Game yg sangat menarik dan best. Aku dah lama start main sim city. Sejak sim city 1 lagi kut. Tapi aku main, bila dah jadi susah, out of control, aku quit. Nanti datang gian, main lagi. Nanti dah mati akal, quit lagi. Begitulah sampai ke sim city 4.

Kenapa jadi begitu? Aku pun tak tahu. Kalau aku tahu, mesti city aku dah berjaya dan dapat anugerah mayor terhebat di dunia. Mungkin sebab masa dulu dulu hati muda lagi, tau nak main friendster dan myspace jer, tak tahu lagi kepentingan google. Tak macam sekarang, google jer semua.

So baru baru ni, aku start balik main sim city4. Why sim city4? Sebab itu jer yg aku ada copy. Ada sim city yg lagi latest ker?

Dari region Maxisland, sampai ke London. Sedih tak ada Japan. Kalau tak confirm city aku nama Hamamatsu. So di London itu, lahirlah sebuah city baru, Beck City. Ni kali aku dah google semua tips hints cheats yg ada. Ya...aku pakai juga satu dua cheats. Dan hasilnya, city yang lebih membangun tapi masih suk. 7k population jer? Lepas tu terencat. Susah betul nak dapat 8k pop. Masalah no jobs pula timbul. Habis rumah para OKB jadi gelap hitam berkulat. Bila try solution ni, masalah lain pula muncul. No more kulat di rumah, tapi muncul di butik butik gucci dan prada. Kilang nokia pun berkulat sekali.

Weyhhh macam mana nak main ni wey? Cuba habaq kat ceq

Satu sebab kenapa aku takut photographer yang 'PRO'

Sebab ada beberapa photographer yang 'PRO' ni susah nak tengok budak baru belajar nak maju.

Nampak jer kelemahan sikit, terus amik port nak serang orang. Bukan nak cakap budak baru ni tak boleh terima kritikan, kami sangat alu-alukan kritikan atau komen yang MEMBINA. Bukan komen yang MEMUJI.

Ini satu senario yang berlaku kat aku. Aku bertanya kat satu group photography, kedai gambar mana dorang suka pergi untuk print gambar? Contohnya kat Klang tuh, pada aku Foto Campbell lah terbaik walaupun minah mamat kat kaunter tuh tak friendly. Hasil memang kita sangat puas hati dari segi color, dan sharp gambar tuh. Bukan hantar gambar blur kat kedai tuh nanti print boleh jadi sharp tau. Sebab aku pernah pergi kedai-kedai gambar yang lain dan hasil tak seperti yang dapat dari Foto Campbell. Jadi sebagai budak baru, nak lah jugak tahu kedai mana jer yang best untuk pergi cuci soalan. Dan rasanya soalan tuh direct dan simple jer.

Instead of answering my question, ada lah beberapa encik yang dok cakap

  • Lawa or sharp gambar tu bukan sebab hasil print, tapi gambar yang kita amik
  • lain kali nak print check dpi dulu, 300dpi keatas baru selamat
  • kalau gambar dah hampeh, hantar kedai best pun hampeh juga
Brader.....saya tanya soalan, kedai gambar mana yang best untuk cuci gambar? Toksah lahh nak perli-perli duk ngutuk lak. Memanglah gambar yang kita amik tuh penting, kalau dah compo dengan framing pun memang hancus giler, bukannya print framing boleh jadi betul. Tapi PRINTING itu juga penting. Kalau machine yang digunakan, dengan setting color yang tak betul, boleh ker kita dapat hasil seperti yang kita nak?

Pasal 300dpi ke atas tuh, itu benda basic lah bro. Siap dah crop ikut saiz 4R lagi. Kedai tinggal print tak payah nak usik apa-apa. 

Aku okeh jer kalau orang nak kritik gambar aku. Apa gunanya critic session. Tapi kalau orang dah bertanya soalan, jawab jer lah. Tak perlu nak merendah-rendahkan orang. Tak tau jawapan dia, sila diam. Shhhh


Sekian terima kAsih

Dia awek aku selamanya

Syakirah Eliza. Aku masih lagi ingat, time sekolah dulu, aku lah orang yang paling risau tentang dia ni tiap-tiap hari *aku jer ker..?*. Dengan keadaannya masa tu, yang selalu sakit, dengan love life dia, dengan masalah keluarga dan semua-semua. Aku sangat risau, sampai aku jadi macam kakak padahal aku lagi muda, manja dan tak matang pula tuh. So, tiap hari aku akan cuba simpan dia kat rumah aku. LOL. Keji sungguh. Aku akan ajak dia pergi rumah, lepak, study, main badminton, main masak-masak, apa-apa jer lah, asalkan dia tak duduk lepak kat luar dan lebih terluka nanti.Semua benda aku nak ajar dia. Macam mak-mak. Dan bila dia dating, aku lah orang paling jealous dan selalu nak berkepit kat sebelah dia juga. Kesian Kirah, selalu kena tarik-tarik, kena rebut-rebut oleh aku ngan Udin. Tapi sekarang tak boleh dah. Gadis kesayangan aku dah jadi millik orang. Heheh dah lama pun jadi milik orang. Dah jadi milik Udin pun. Dah ada dua orang puteri yang comel pun. Dan aku dah tak boleh nak rebut-rebut dia. Udin pun paham, so dia takderlah nak poyo-poyo sangat menunjuk depan aku. Hahah, jangan salah faham. Aku sayang abang ipar aku nieh, dia pandai buat air Cola yang sedap. :)

Aku sangat bangga dengan kawan aku. Dia dah jadi seorang yang sangat matang, a good mom, and a great wife. And more important, she never forget to be the greatest friend and sister. Jadi bila teringat cerita lama, aku tergelak. Aku yang jadi macam budak kecik sekarang bila dengan dia. Aku yang banyak belajar dari kau sekarang. Syakirah Eliza, terima kasih.

A wife. A mum. A sister. And a friend.

Kalau korang baik hati,

Korang akan lawat page ini.

Sayarosmah.tumblr.com


selalunya aku post gambar kat sana. Resolution cantik sikit..hohoho



*aik...dah pakai 'aku' balik dah



p/s sgt addicted dgn lagu geisha-'jika cinta dia' sekarang ni.. Why lahh why? Lainkali jujur awal sikit

Cara nak cari kerja di kampung

Saya agak baru dalam bidang wedding photography ni. So, belum dapat banyak jobs dan peluang untuk practise. Tapi sekarang tak boleh duduk diam-diam lagi. Kena bangun dan keluar dan kasi market my services.
So, awal bulan February nieh, makcik saya melansungkan perkahwinan di kampung. Dan sangat menyedihkan sebab, my own grandfather *pakcik to my mum* not hiring me. Punyalah....tak palah, saya faham.

Jadi apa yang saya buat ialah, pakai baju kurung yang warnanya paling menyerlah tapi tak menyakitkan mata, bawa semua gear yang ada, letak dalam beg Crump, pakai bedak sikit sebab taknaklah muka nampak berminyakkan, eyeliner sikit untuk menonjolkan mata *hoi! hoi! watthe fish! ini post pasal makeup ker?*
Arghh senang cakap, berbekalkan itu semua, saya datang dengan lagak coolnya, dengan ibu berdiri di sebelah. Terus ke area khemah/pintu gerbang, salam-salam semua nenek dan pakcik makcik, terus berjalan ke hadapan dengan cool, keluarkan camera yang dah siap attach dengan flashgun, pap! pap! pap! Terus amik gambar.

Kemudian lari-lari sikit lagi, pergi kearah tetamu, pap! amik gambar dia makan.

Kemudian ke pelamin lagi, pap! amik gambar saudara mara merenjis-renjis.

Kemudian bila official photographer nak amik gambar posing-posing, tiba-tiba saya muncul kat sebelah dengan kerusi di tangan. Naik atas kerusi, pap! amik gambar pengantin. Sekali lagi, ahh yang pengantin perempuan rapat sikit. Pengantin lelaki, tengok camera saya, tengok camera saya. Pap sekali lagi! Amik gambar dengan gaya coolnya.

Dan semua ini diteruskan hinggalah ke petang. Hasil dari perbuatan saya yang poyo ini, pakcik yang cover videography tuk majlis tuh datang jumpa saya " Lain kali kalau ada kerja, aku panggil kau ya "
Okeh bah pakcik!

Dan kemudian, nenek yang memang selalu in-charge bab handle majlis kahwin di kalangan saudara kami nieh " Minta nenek no telefon mu. Kalau ada lagi yang kahwin, susah-susah mau cari orang lain, bagus nenek panggil kau. Banyak ni anak nenek mau berkahwinan"
Boleh bah nek!

Yahooo. Tektik berjaya. Saya pasti, pengantin tuh pun tengah menunggu-nunggu gambar dari gue. Mueheheheh. Syukur alhamdulillah.
Semoga Kau murahkan rezeki ku dalam bidang ini Ya Allah....Amin









Aku nak berubah

Sejak berapa minggu nieh, tiba-tiba macam terpanggil nak berubah. Jadi sekarang, latih diri untuk keluar pakai baju lengan panjang, pakai cardigan lengan jangan lipat, tudung jangan silangkan, ikat simpul elok-elok kat hujung macam mereka kat Brunei, pakai baju longar-longar dan segalanya. Tapi bila niat dah best macam nieh, orang sekeliling tak supportive langsung. Terus aku kena panggil makcik lah, kakak lah. Dedamm lah korang. Apa yang tua-tua jer ker pakai sopan yang muda pakai sexy? Hilang terus title 'adik baru habis SPM' aku.... ="(

What happen when....

pening+selesema+hidungtesumbat+batuk+kahak+lots of chocolate =Disaster!




Majlis Nikah Sandy


29.01.2011
Kg Kelanahan, Papar
1st time saya mengikuti rombongan pengantin lelaki. Kawan photographer saya sebenarnya. So,1st time juga untuk saya mengambil gambar pengantin lelaki bersiap sedia. Agak blur saya pada mulanya. Patutkah diambil gambar dia time make-up? time kena gincu? Time di bedak? Apa posing yang harus di buat? Last-last, just shoot candid. Nasib juga kawan saya nieh seorang photographer. So dia pun in action lah terus :P



Repekan orang bosan takder keje yang buat-buat busy

Nak cerita pasal apa? Wa pun tak tahu. Bohsan chot. Tak tau nak buat apa. So, mari kita jalan-jalan outing amik gamba. Tp nk amik gmba saper, amik gamba apa? Wa tak tau lahh weyh. Waa busan ni. Mau pulang lah tido kt hotel lah baru best. Jomz weh. Jomm ler huhuh. Nak tido lah. Huhu amender aku cakp nieh. Wa tak tau la. Ni repekan minah yg tgh bosan, kt majlis kenduri org, sdg menanti dn takder geng, sbb wa sorg jer minah kt sini weh. So wa tak tau nak buat apa. Hahahah mcm hampeh punya ayat. Okieh dokie chow
Sungguh.......sakitnya hati! Hancur robekku bila org tu ckp "sorryla dik, smua file tak dapat diselamatkan" uwarghhhh tidak!! Gambar-gambar ku. GAMBAR ku!! Gambar kat miri, gambar wedding, gambar kawan-kawan, gambar smua makanan tuh. Arghhh sakit hati. Perasaan macam duit 10k kena bakar hidup-hidup secara live kat depan mata. Terima kasihla penternak virus yang baik hati sangat derma kat laptop aku. Korang memang dermawan. Lepas ni aku nak jadi kejam. THIS IS MY PROPERTY! Beharga tau gambar-gambar dalam tu ;( seperti nilai emas-emas yang ada di gua.

Wuwuwuwuwu.....

Art Nude vs Playboy Pose

Photography adalah seperti keropok Twisties yang bermacam-macam perisa. Ada perisa BBQ, Curry, Chicken, Tomato dan macam-macam lagi kalau kau orang tengok kat 7-E. Begitu jugalah dengan photography nieh, ada macam-macam cabang. Photojournalism, street photography, editing and graphic, sports photography, portrait, high fashion wedding dan banyak lagi lah. Kalau boleh letak kat rak 7-E tuh penuh juga. Dan salah satunya ada lah bidang fine art nude. Sejujur-jujurnya, aku sangat minat dengan art nude photography nieh. Sebab aku rasa hasil dia hebat, macam mana dia nak manipulasikan badan dan struktur badan manusia itu, supaya menghasilkan satu gambar yang sangat mendalam, classic, dan misteri. Aku tak rasa orang yang minat art nude nieh gatal miang dan sangap. Lain lah kalau dia melihat dengan niat yang lain, niat yang terpesong, itu tanya pada diri sendiri lah adakah anda seorang yang miang?

Kat Malaysia ni memang susah sikit nak terima gambar-gambar art nude nieh walaupun dah lama dipraktikkan secara serong oleh remaja-remaja kita, tak kira bangsa, tua atau muda. Siap ada video lagi weyh. Tapi itu hasil rejected, bukan untuk kerja profesional. Tapi kalau ko tanya tukang amik gambar profesional kat Malaysia nieh, rasanya dorang pun tak heran. Semua pun dah pernah masuk bidang fine art nude photography. Dan tak salah untuk mereka-mereka yang lain, nak meningkatkan ilmu dan pengalaman masing-masing, dengan cuba memasuki ke bidang tuh. Tapi kalau iya pun, betul-betul lah buat weyh. Kasi lah ada seni dalam gambar tuh. Kalau setakat ko amik gambar model, pakai selimut, pakai bikini, pakai tube dan mini skirt, pastu dok tayang kat facebook, tag orang sana-sini, pastu cakap "ehh saya cuba-cuba jer" baik tak payah. Cuba-cuba untuk apa? Ko nak mantapkan skill apa kat situ? Directing? Posing? Semua tuh ko boleh praktikkan masa amik gambar potrait atau wedding. Tak payah nak pakai bikini pun. Kalau nak kata untuk amik gambar fashion, tutup-tutup sikit pakai kain batik atau sari kan lagi elok. Ada macam-macam cari lagi untuk kita praktikkan ilmu photography nieh.

Aku pernah tengok hasil kerja Amri Ginang, dia ada shoot satu gambar pompuan yang naked, eh tak, pakai seluar dalam jer. Aku rasa dia ada job dengan lingerie punya company tuh. Dengan lighting yang hebat, posing yang relax dan sederhana, tapi bermakna, aku rasa gambar tu sangat berjaya untuk konsep art nude. Compare dengan beberapa orang tuh yang shoot gambar model pakai bikini, pose semua ala-ala majalah Mangga a.k.a Playboy Malaysia, seolah-olah nak tambah collection untuk sendiri makan dan ambil kesempatan jer. Baik simpan jer kat dalam laptop, tak payah upload. Kalau nak orang review, buatlah TT dengan geng-geng sangap anda. Sekian terima kasih. Hanya pendapat dari orang amatur. 








Cukup sudah!

Ya, cukup sudah dengan view gambar orang sambil jeles. Daripada sibuk sakit hati sendiri a.k.a jeles a.k.a tercabar, baik ko start buka photoshop, gi buat gambar-gambar ko yang dah makin banyak kat dalam asus mu itu.

Dulu bukan main, sibuk komplen tak cukup masa nak buat editing and bla bla bla. Sekarang dah terlebih banyak masa tak nak pula buat. *wuwuwu kena marah ngan diri sendiri*

So peminat-peminat sekalian,*lol macam lah ada*, nantikan hasil karya ku. Ow yer, aku memang seorang yang kaki edit. Memang dari asal, aku naik sebagai seorang yang main editing. Sekarang baru belajar basic dalam photography ni. Huhuhu newbie abiss....



Kita breakfast dulu....helo exkeus me. dah masuk lunch time

Total Pageviews