Hari Khamis yang lalu, si kazen sms aku . Dia tanya, kalau aku nak keluar jalan jalan dengan dia. Dia tunggu di KL sentral tepat jam 12. Aku pun tanpa fikir panjang, cakap YA. Berbekalkan duit RM15, kamera DZ5, dan bateri SONY berharga RM3.90, aku naik taxi sapu ( kos dah RM1.20) terus menuju ke KL menaiki train Ktm ( tiket dah RM3.70). Aku lewat 8 minit. Aku harap si kazen tak marah. Tapi sampai sana, aku yang jadi marah. Dia suruh aku tunggu depan McD. Aku tunggu dia tak muncul. Aku sms dia tak balas, aku call dia tak jawab. Aku dah la lapar, berdiri depan McD. Nasib baik dia muncul juga bawa air mineral. Sejuk hati aku.
Aku buat keputusan nak pergi KLCC. Aku nak duduk duduk sambil makan di tempat kegemaran aku sambil mengambil gambar. Si kazen bersetuju untuk sponsor tiket ke sana. Gembira aku. Sampai kat sana, kami pergi ke Giant di tingkat bawah untuk cari makanan. Aku lapar kan. Situ la tempat paling jimat. Aku beli satu pack nasi goreng kampung (RM 2.50) dan 2 tin air kegemaran aku (RM1.80). Kemudian kami terus ke taman KLCC, ke tempat kegemaran aku. Tempat tu terletak di bahagian kanan KLCC (sekiranya kamu menghadap ke kolam), di atas bukit, dan dibawah pokok. Memang best picnic kat situ. Kami makan-makan, cerita-cerita, tengok-tengok orang. What a nice day. Aku suka hang out dengan kazen aku.
Dah bawa kamera, aku nak la amik gambar. Aku pun on kamera aku, amik gambar rumput, amik gambar kasut, amik gambar tin kosong. Hehehe best. Si kazen dah bising, kata aku pentingkan kasut dari dia. Ok la, aku amik la gambar kau.
"Ready, aku nak amik nieh" . Si kazen pun posing baik punya. Aku yang nak amik gambar pun dah posing baik punya (ala2 photographer pro la), pak Arab kat sebelah pun dah kerek kerek tengok aku. Ahh pedulikan dia. Aku nak amik juga gambar. Time aku baru jer nak tekan button shutter, pup!! Bukan meletup, dan takder apa-apa yang jatuh dari atas. Tapi bateri kong la pulak! Alaaa........memang tak guna betul laa bateri RM3.90 ni. Last last, guna kamera hp aku juga.
Dah selesai picnic, kami pun bercadang untuk balik. Memandangkan jam kat menara Maxis pun dah pukul 5.00, maka haruslah untuk kami pulang ke rumah. Air pun tak habis lagi. Ahh bawa la sekali sambil minum. Kami jalan masuk ke dalam KLCC, beli tiket Putra Lrt (kena sponsor lagi), dan menuju ke KL sentral. Disana, aku beli tiket ke Subang (RM 2.oo lebih kut), boleh minta abang aku jemput bila dia balik dari kerja. Jimat duit aku. Jimat apa, tinggal seposen jer pun. Tiket train yang ini pun minta sponsor lagi. Dalam perjalanan balik tu, si kazen masih ada dengan aku. Tiba tiba aku rasa sedih. Aku terfikir...
"Bila lagi aku dapat hang out macam ni dengan budak ni. After this tak dapat dah".
Baru la aku sedar, lagi seminggu aku dah pergi ke hutan Sepilok sana. Wuwuwu aku tak puas lagi picnic di KLCC. Aku tak habis lagi membebel-bebel dengan si kazen. Aku tak jumpa lagi dengan kawan-kawan aku. Aku tak puas lagi tidur di bilik aku. Kenapa masa jadi cepat dengan tiba-tiba?
Aku tak ready lagi nak tinggalkan tempat ini!! Huh...
Dalam masa seminggu, aku akan pergi jauh, mulakan hidup berdikari. Aku dah lama tak duduk jauh dari keluarga. Aku rasa sedih la pula. Banyak benda lagi nak buat. Aku masih nak makan donut Big Apple, aku masih nak lepak di Oldtown White Coffee. Aku nak tengok X-Men di TGV dengan tiket RM6. Owh yer, 27th ni ada opening ceremony Krispy Creme. Aku masih nak makan-makan. Haih, cara aku becakap macam nak pergi tak kembali jer.
Aku harap, aku takkan homesick kat sana nanti. Takut nanti aku layan feeling sambil panjat pokok pula (Ayah aku cakap, nanti balik aku dah tak payah pakai lif). Harap semuanya akan baik-baik saja.
Owh yer, sewaktu nak balik dari KLCC tu, aku dan si kazen lalu tepi kolam tu. Aku perasan ramai orang tengok-tengok kami. Aku sangat hairan. Sepanjang berjalan, aku tanya diri sendiri "Zip seluar aku terbuka ker?" sambil minum air tin kegemaran aku.
P/s Awokk dah tekeluar laa