Cerita Dua Hari Lepas

Dua hari lepas, pada
hari Selasa, di waktu malam, aku sedang sibuk mengulangkaji dirumah Starzgate kerana esoknya, kami ada exam. The only paper in this semester. Bayangkan betapa tekananannya kami berdua malam tu, dengan micrograph cell cell yang tidak dapat kenal pasti, dan entah berapa lagi chapter yang belum dibaca.Sedang khusyuk memahami notes Dr.Yap, tiba-tiba kami terdengar ....


"Pergi masuk!!!!!" (starz, itu ker ayat dia?)


Suara lelaki menjerit. Kami terkejut. Suasana sepi seketika. Disebabkan kami nak jadi pelajar yang cemerlang, dan boleh menjawab soalan exam esoknya, kami abaikan. Tak mahu dengar cerita gosip gosip begini. Kemudian ....


"Ahhhh!!!! Aku taknak makan duit haram ko ni!!!!!"


Kami men'control' diri....abaikan........dan sekali lagi. Kali ini ada 2 suara tambahan. Suara lelaki yang bercakap dengan perlahan dan suara seorang perempuan seperti marah. Ini yang susah ni. Kami tak boleh tahan. Dengan laju kami meluru ke arah pintu dengan gaya seorang pengintip dari zaman Jebon (a.k.a James Bond). Kami terdengar perbualan yang agak menarik, walaupun kurang jelas kedengaran. Tapi kami masih tidak tahu apa puncanya. Kemudian terdengar lagi jeritan amarah yang menakutkan. Ahh aku pantang dengan orang menjerit marah-marah ni. Aku lari masuk ke dalam. Tapi disebabkan curiosity yang amat melampau, aku ke pintu semula.

Tak lama kemudian, kami nampak ramai orang berdiri di luar beranda. Kami pun buat keputusan tak nak jadi pengintip lagi dah. Kami keluar, dan bila kami tengok ke bawah, kami nampak seorang lelaki yang duduk bercangkung dan sedang dipulas telinga nya oleh pacik sekuriti. Huh? Apa kes??!! Lelaki itu merayu-rayu, menangis-nangis minta dilepaskan. Pacik sekuriti marah lagi.


"Ko nampak ni semua yg kat atas? Kalau dorg semua turun belasah ko, ko nak rasa??!!"


Diikuti dengan sorakan jawapan abang-abang yang agak kiut diatas, yang menawarkan perkhidmatan tangan dan kaki mereka.


Kemudian lelaki itu menghantuk-hantuk kepala botak ala mawi nya ke dinding. Aku yang betul-betul berdiri diatas scene itu, terasa kesakitan nya. Seraya itu tangan aku naik, memegang kepala, macam kepala aku pula yg nak berdarah. Eeeee mengerikan. Nampak kesan luka dan darah-darah. Kakak diatas bertanya kepada pakcik sekuriti, apa lelaki tu buat? Ini kata pakcik sekuriti tu.


"Dia amik video perempuan yang tinggal kat bawah ni hah! Dia amik dari belakang bangunan (apartment) ni. Kat kawasan gelap tu!! Ntah dah berapa kali dia buat kerja gila nii!!!", lebih kurang begitu la cerita pakcik itu.


"Wuwuwuwu...ampun bang ampun bang..." kata lelaki itu....


Means, lelaki itu dok skodeng orang kat tingkat bawah la!! Dia pun jadi pengintip macam Jebon JamesBond tapi yang tidak bertauliah! Kami pula rasa macam nak turun bawah, bawa kasut tumit MayMay or YihKung ketuk kepala botak dia. Gila, dah kena tangkap baru nak insaf konon. Then buat drama hantuk-hantuk kepala kat dinding.

Tak lama kemudian, 3 buah kereta polis datang. Tapi takder satu pun yang on bunyi siren... kecewa aku.
Ini ada beberapa video yang aku amik pada malam itu.








5 comments:

  1. adui, pe nak jadi dgn dunia skang..
    teknologi dah maju, ramai yg berani salahguna..
    ish2..

    ReplyDelete
  2. kenapa YeastYgComel rasa kecewa bile kereta polis tu tak mengeluarkan bunyi siren? hehehehe... musti sbb video dia tak meriah takde bunyik meaw-meaw-meaw...

    ReplyDelete
  3. yaaa betol x meriah tanpa bunyi, meaw~ meaw~ meaw~ angkut je 3 biji kete masuk aprtment, tp 1 pon x bunyi....

    kami kuciwa =/

    ReplyDelete
  4. xsempt amek dia hantuk2 pala huhuh

    anyway aah betul la tu dia cakap "pergi masuk" huhuhuh

    ReplyDelete
  5. adui..pervert sangat perilaku lelaki tuh..bahaya tempat kau duduk..hati-hati ya..

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews