Penyakit bila tidak bekerja

Kenapa aku benci cuti atau menganggur?
Bila tidak bekerja, maksudnya lebih masa/terlalu banyak masa untuk teringat kat dia.. rindu pun lebih. Jadi otak dan minda selalu diserang dengan bayangannya. Hati pun teringin nak sms dia selalu jer. FB pun kalau boleh taknak logout, manatau dia online. Arghh macam orang angau. Mesti kawal diri.

Okeh, mari kita keluar hari ini cuci mata jalan-jalan cari makan lagi. Pergi Ikea makan meatball dan jalan-jalan amik gambar. Semoga berjaya untuk diri sendiri.

:)

Trip menyelamatkan asus II

Dari sebuah tempat yg bernama bukit kuda berbekalkan duit rm100. Rm100 untuk beli adapter dan belanja2? Uwawa mana cukup! Kemudian kami dturunkan di ktm subang. Atas jasa baik abangku, dia hulur rm50. Yahuu! Boleh breakfast di starbuck! Lol. Mati aku kena hantar balik tawau. Dan sewaktu menanti train, sedang aku dan sabrina breakfast karipap angin, TIBA-TIBA.....sabrina kena bom da...oleh osama junior da. Tepat-tepat di ibu jarinya...euwww. [Bersambung lagi, penulis muntah.....]

Trip menyelamatkan asus I

Sudah seminggu lebih, si asus tak bangun-bangun. Aku risau, gundah memikirkannya. Kenapa kau tak bangun wahai si asus? Ececeh ayat macam novel. Patutla asus aku koma, tak tahan dengar bebelan drama sinetron tuannya agaknyer. Jadi, seperti kata-kata diatas, asus aku ada masalah sekarang. Rasanya problem dengan adapter. So dah seminggu tak boleh buka. Ai rindu photoshop. Rindu lagu sabrina. So harini aku nekad nak pergi lowyat! Cari adapter tuk selamatkan asus! Bermula la perjalanan ini dari...[bersambung]

Budak batak testing buat entry guna hengpong

I love my tedybear!!!! :D

Ying and Yang

Bulan ini agak teruk bagiku sebab :

1. Aku dapat tau ex-tak guna nak kahwin tak lama lagi.
2. Ex-tak guna add tedybear kat FB
3. Handphone kesayangan semakin tenat, keypad memang dah pecah habis....sakit hati nak sms
4. Asus kesayangan pun semakin tenat, sekarang tak boleh on langsung. Adapter dia rosak kut.. sakit hati
5. Duit dah tak ada, tapi semua barang rosak, macam nak suruh beli yang baru sekali gus jer
6. Budak sengal kat tempat kerja dah kembali. Desperado...dah cakap jgn ganggu, masih lagi macam lipan buat-buat comel kat tepi..
7. My favorite adik putus chenta, tp turn out dia minat kat aku plak.....haish



Tapi seperti ying dan yang, bila ada perkara buruk, ada juga perkara yang best berlaku. Antaranya :

1. Dapat pergi Miri, join CT Street Carnival, berkenalan dengan ramai photographer dan pamerkan gambar sendiri. Hi hi
2.Dapat chance untuk amik gambar wedding..
3.Pergi picnic di Table dengan geng karas di SR
4. Akan balik ke klang tak lama lagi. Yahuuu tak sabar
5. Makin tambah sayang kat tedybear....ehhe....

So sekian terima kasih.



Sebenarnya tengah stress nieh. Emo emo.........
Bila kita cakap, kita dah boleh lupakan dia, dan tak rasa sakit bila tahu pasal dia, sebenarnya kita tipu...

Aku masih dapat rasa bila tahu hal mereka berdua....

Damn. I need more ice blended green tea......

Belajar tulis blog semula

Baru 2 hari masuk bekerja, dah tak sabar nak kira detik untuk jalan sekali lagi. Kali ni bukan setakat jalan ke dalam negeri atau negeri jiran, tapi ke seberang terus. Tapi bukan Kalimantan yer.. nak balik Klang. Wuhuu!!

Setelah hampir 9 bulan menetap di Tawau, sekejap bekerja, sekejap menganggur, kemudian bekerja balik, tapi tak juga pandai kaya-kaya, almaklum gaji kat sini rendah sikit. Aku masih juga belum dapat kerja tetap. Sedih.

Tapi sepanjang 9 bulan ini, aku banyak kenal kawan-kawan baru. Kawan-kawan tukang gambar yang best. Contoh nya geng karas di KK dan geng belum karas sepenuhnya di Tawau. ekekeke. Tapi aku banyak belajar 9 bulan nieh. Mendalami lagi ilmu photography. Now I am ready to be a great photographer! err....aku tak maksudkan aku dah hebat, maksud aku, aku dah ready untuk belajar lagi menjadi photographer hebat!

Lagi 12 hari...ya 12 hari. Aku akan pulang ke Klang. Lepas itu boleh la aku tengok wayang puas-puas. Panasss beb baca review kat blog abang aku. Aku pun nak tengok movie! Lepas tu boleh pegi makan puas-puas. Subway, Meatball di Ikea, Seoul Garden, bah kamu tunggu lah kedatangan ku. Lepas tu boleh lepak puas-puas dengan abang and kazen-kazen ku kat kedai mamak. I miss them so much! Mengumpat, ber. gosip, gelak-gelak, buat lawak.... Lepas tu boleh karaoke puas-puas. Yiehahh! Dan lepas tu, aku nak mendalami lagi street photography.

Tapi aku masih berharap dapat tawaran kerja tetap....Insyaallah...

Birds

let's stay awake
and listen to the dark
before the birds
before they all wake up
it's the ending of a play
and soon begins another
hear the leaves applaud the wind
uuuuuu
see the sun come rising
and white wings start to fly
like strings of pearls
in the fiery sky
i don't want to close my eyes
don't want to leave the stage now
hear, the leaves applaud our stay
uuuuuu
lend me your wings
and teach me how to fly
show me when it rains
the place you go to hide
n' the curtains draw again
n' bow another day and
the leaves applaud the wind
uuuuuu
uuuuuu

Merepek Post Crap 1# : Bagi lah aku duit weyhh

Aku selalu nak update blog. Rindu nak buat entri baru. Tapi bila dapat peluang untuk online, terus kosong kepala otak. Agaknya idea dah pergi jauh...

Sejak akhir ni, aku agak runsing sikit. Banyak benda nak fikir. Pasal kerja tetap yang belum lagi dapat. Pasal hutang berlambak-lambak yang nak di bayar. Muda-muda dah ada hutang. Nak buat camana, I kerja potong kek jer...ikut standard gaji Tawau lagi. Sikit lah dapat chot....Mana nak bayar loan PTPTN lagi. Nak ikut Miri Street Chottouch Carnival lagi. Nak kasi pamer gambar kan, terpaksalah keluar sikit duit *banyak kut* untuk ikut carnival. Lagi pun ini street punya carnival beb. Banyak photographer amik gambar street weyhh. Bleh jalan-jalan dengan chot lagi, snap snap gambar. Ehhe.....aku suka street photography. Suka giler....bila aku cakap suka giler....aku serius.

Lepas tuh nak balik KL lagi, nak jalan-jalan and makan-makan with my brader n kazen. Lepastu KB lak buat workshop dengan kerjasama Acai, buat pasal lighting, modeling, fashion photography. 3 hari 2 malam, termasuk makan minum dan tempat tinggal, mana boleh lepas weyhhh... ni lah pulak bila dah pegang camera. Gila nak cari ilmu. Gila kejar workshop. Lagi-lagi kalau dianjurkan oleh fevret photographer aku... Aih, runsing-runsing. Mana nak cari duit niehh? Ada sapa-sapa nak kawin bulan depan? Meh aku amik gambar dia. Murah-murahhhh jerrrr. Janji cukup tabung aku nak bayar yuran kelas KB. uwarghhhhhhh
"love is like a circus. it is beautiful, terrifying and magical at the same time...."
- taken from Wedding Daze



Itulah apa yang aku rasa terhadap ko. Ia indah sekali, tapi amat menakutkan....bukankah ianya magik? Boleh merindui, tapi rasa takut pada masa yang sama...? :)

Aku kena BLACKLIST tak boleh pergi Jepun???!!

3 minggu lepas aku dapat surat chenta dari peguam entah siapa nama. Dia cakap aku ada hutang dengan itu ahlong ptpenipu. Ahh ini semua gara-gara banyak sangat workshop dari idola-idola aku kena anjur kat Sabah ni! *pedahal sebab diri sendiri tak pernah nak saving duit untuk bayar loan*.

So macam mana nieh? Next month aku nak pergi Miri, ikut jalan darat, kawan cakap kena limpas Brunei. So kena ada passport. Tapi aku tak ada passport. Sebab aku tak ada duit nak buat passport. Tapi kalau aku dah ada duit boleh lah aku buat passport. Tapi kalau aku ada passport boleh ker aku keluar dari negara Malaysia walaupun mungkin hanya untuk 58 minit?? Abang aku cakap tak boleh! Sebab ko dah dapat surat cinta dari peguam, sebab ko dah makan duit ptptn tapi ko tak nak bagi dorang balik. So dorang tak bagi ko jalan-jalan keluar sempadan. Alamak! Tak nak lahhh...aku nak ikut dorang jalan darat amik gambar pakwe-pakwe Brunei. Ehh maksud aku buat shooting time jalan-jalan. Kemungkinan untuk pakwe Brunei pose ala-ala model untuk aku tipis sekali. So awak jangan risau yer...saya sayang awak. Eheheheh *ini dialog untuk siapa hahh?*



Jadi step seterusnya, abang aku suruh aku ke laman web ahlong itu, tengok-tengok kalau nama aku dah kena tulis kat dinding pakai darah ayam. Aku pun pergi ker SINI. Masukkan no IC....................................huh selamat. Tak kena blacklist lagi. Tapi bakal-bakal lah tuh. So kena start bayar secepat mungkin. Jadi ada siapa-siapa yang dermawan nak bagi saya rm50 untuk bayar?? *Haptuii! SILA GUNA DUIT SENDIRI!!*  :""((((

Crap Post 1#: I like the way it hurts...


Just gonna stand there and watch me burn
But that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
But that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie


Love The Way You Lie
-Eminem ft Rihanna

Buwahahaha. Aku masuk paper!

Takder lah aku sorang, ramai-ramai lah. Tapi muka aku masuk juga dalam paper! Hahaha batak? Biarlah.. pernah ker aku masuk paper? Tak pernah kann kan. Dah lah dalam cara yang, boleh lah kut bangga. Dari pada masuk paper dengan tajuk 'minah meLAYU jual kaki di lorong belakang' atau 'budak UNIhell buang anak di pagar Istana Diraja'. Walaupun itu gambal black& white dan kurang jelas, aku TATAP masuk paper. Ahahahaha. Okeh stop the 'riak'nes now.

Diambil dari Daily Express 2th August. 
Ini diambil sewaktu malam penutup workshop Saiful Nang di Kotak Kinabalu tempoh hari. SN seorang yang hebat! Nanti turun Tawau ehh untuk aktiviti asah mata :D

Cuba teka mana aku? Heehee :">
*sila klik gambar wehh, baru jelas sikit

Yang kat tengah tudung putih tuu lah. Apalahh
"Mentang-mentang ko berdiri kat tengah-tengah, ko budget ko tinggi sangat lahh ehhh!!"
Lol..ni niat apa sebenarnya nieh?

Cerita si bibi

Halo. Saya bibi. Nice to meet you :)




Aku jumpa mioww dekat gerai kelmarin pagi. Dia duduk ngiau-ngiau dekat tepi meja. Adedeh punya cute. Aku pergi dekat-dekat, mana boleh tahan. Tapi aku heran, apsal miow nieh duduk semacam jer. Dah macam anak dara duduk bersimpuh tunggu anak ketua kampung masuk meminang. Aku perhati betul-betul. Rupanya kaki dia kat belakang patah. Bukan satu, dua-dua tuh....wuwuwuwu ciannyer si bibi *semua miow saya panggil si bibi k.... :'(

Pastu bila aku nak pergi dekat-dekat, si bibi lari. Susah payah si bibi lari, kaki dia kat belakang pun terheret. Sayu weh hati tengok. Giler sedih...kucing kecik macam tuh, saper lah pijak. Patut dia lari dengan aktif, tengok dah tempang macam tuh, tak hancur luluh hati ko? Wuwuwuwu :""(((  Terus aku panggil makcik aku, dia kata balut kaki dia dengan serai, nanti cepat sembuh. Terus aku laju-laju bawa pisau amik serai kat belakang gerai, potong-potong dan balut kaki bibi. Okeh....aku tipu. Sebenarnya makcik aku yang tumbukkan serai tuh. Aku busy pegang si bibi k....si bibi perlukan perhatian dan kasih sayang k! Baguslah kalau korang faham. lalalala. Sebelum tuh, aku sempat juga snap gambar si bibi. Pandai posing oww miow saya teeheee :> Tunjuk sikit ehh. Kalau si abie tunjuk si wuwi, aku pun nak tunjuk si bibi aku :)

 Orang cakap pose dari tepi nampak ensem :*)


 Sakit kaki saya....wuwuwuwu

Bibi : apa ko tinguk-tinguk?
Meow tua : Cehh...............



Semalam ayah aku suruh buang kucing tuh, tapi aku simpan juga kat gerai. Tak boleh bawa balik :<

P/s tadi pagi si bibi dah boleh lari-lari sikit. kaki belakang dia pun dah boleh gerak sikit. Uwahh comel lah ko




helloo there!

yok ikut saya pulang :)

Photo Essay : 'Ozy Popper'

dua minggu lalu, aku dan partner, Hurriah *bukan partner yang macam itu eh.....* diberi satu assigment untuk buat photo essay. Apa itu photo essay?

photo essay  is a set of series of photographs that are intended to tell a story or evoke a series of emotions in the viewer. A photo essay will often show pictures in deep emotional stages.

yer...aku copy dari wiki. Masalah besar ker?? senang cakap photo essay ni satu set gambar yang selalunya disertai dengan lagu, untuk menceritakan satu kisah yang ada emosi dalamnya. Sebenarnya, ini pertama kali aku join outing and shooting session macam ni. Selalunya aku amik gambar kawan secara candid ataupun benda yang statik. Soo huahh nervous.

So, aku dan Hurriah pun pergilah berjalan-jalan di Kg. Tanjung Aru baru, mencari cerita menaiki kereta baru ku ini. 
Cantikkan herbie ku? Perasan...amik lesen dulu lah wey

Setelah berjalan-jalan, kami ternampak seorang pakcik ni sedang melepak-lepak di rumah. Tanpa segan silu, kami bagi salam dan cakap kami nak jadikan pakcik sebagai model, sebab kami tak mampu nak cari lelaki kacak untuk buka baju jadi model kami. Huahuahuahua sah kena halau kalau cakap macam tu. Apa-apa pun, pakcik itu setuju, dan inilah ceritanya :)

---------------------------------

En Zainal Abidin juga dikenali sebagai Ozy Popper. Tukang buat popper kayu/ kail umpan ikan? di sebuah kampung air di Kota Kinabalu. Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan bisnes nya, dan mengeksport popper nya bukan setakat di majalah Kembara Kail dan di Sabah, tetapi hingga ke luar negara untuk mengharumkan nama Malaysia. Amin.:)

Lagu : Billionaire



























dan videonya :


Pakcik Ozy dan anak dia memang super kool and sporting. Suruh masak relax jer, suruh cuci pinggan relax jer. Suruh duduk depan TV gelak-gelak pun relax jer. Karaoke jer tak sempat nak suruh. Siap dorang yang belanja kami makan kuih dan minum-minum. Padahal team lain siap bayar subject dorang. Heheee :>

Kami dapat no 2 dari 5 team dan yang paling best, our mentor, Saiful Nang siap jadikan set kami sebagai contoh :'> dan dia cakap "saya paling risau dengan team ni, tapi tak sangka dorang boleh bagi hasil macam ni. Good job!" :D




err over sangat ker aku.......? Hahaha okehla. Tamat disini sahaja. Bye, aku nak potong bawang.

Owh yer, kepada kaki pancing yang nak try popper ini, atau teringin nak pegi memancing kat area laut Kota Kinabalu, you can call En Zainal a.k.a Ozy! Call this number guys! 016-8159810

Perkara paling DAMN

bila musim panas macam ini buat aku ialah bila aku tengah sedih tengok gambar orang kat FB, asyik outing and shooting, aku takder orang nak bawa pun. Then dapat sms dari member baru kenal "Weiyh nak kuar ikut shooting tak?". Aku pun dah semangat berkobar-kobar, macam nak menangis kegembiraan sebab kena ajak. Tapi sedih, esok nenek aku nak kenduri, kena suh duduk dapur lak tolong potong bawang. Bila aku reply "erm...aku kena kerah tenaga untuk kenduri esok, tapi aku nak pergi, aku try juga untuk lari. Tak jauh pun, nanti aku try okeh...aku janji aku try" dan orang tuh reply "bh"...................................

Jari manis lah untuk ko. Ikhlas ker tak ikhlas nieh? Sekarang tengah cuaca panas ni, aku pun dah panas ni.....hampeh. 

Celcom tak cas ko lebih pun kalau reply tiga empat perkataan. Nanti boipren ko reply macam tuh baru kau tau! Kotoh!

Hobi baru naik LIFT?

Tadi pagi aku terjumpa satu blog yang ptuih sedap untuk dibaca. Dah masuk list ubat ketagih aku.

Ow aku juga jumpa some facts yang SYIOK+ANNOYING tahap langit tuk dibuat bila naik lift. I wonder if zedradzai dah try semua tuh? Hehehehe. Ini 10 fevelet gua! :

1. Crack open your briefcase or handbag, peer inside and ask "Got enough air in there?"

2. Stand silent and motionless in the corner facing the wall without getting off /bapak annoying :D

3. Stare at another passenger for a while, then announce in horror : "You're one of THEM" - and back away slowly..

4. Say "I wonder what all these do?" and push all the red buttons.

5. Stare, grinning at another passenger for a while then announce "I have new socks on!" 

6. Push the buttons and pretend they give you a shock. Smile, and go back for more.

7. Ask if you can push the button for other people but push the wrong ones.

8. Drop a pen and wait until someone reaches to help pick it up, then scream " That's mine!!"

9. Bring a camera and take a pictures of everyone in the lift.

10. Say DING at each floor.

And my most favourite :

Hold the doors open and say you're waiting for your friend. After a while, let the doors close and say "Hi Greg, how's your day been?" and smile.



reference : Blog ptoihhh 


Huahuahuhauhauhau

Aku nak pergi interview tapi perut aku buncit

semuanya gara-gara vitamin B complex yang penolong pegawai perubatan kat Klinik 1 Malaysia Bandar Indah tuh bagi. Fuhh lengkap tuh. Jam 11 nanti aku ada interview tapi perut aku comel macam belon yang kena jual kat pasar tani shah alam sek 13 tuh. Wahh perasan perut comel lagi tak boleh tahan chot.




-----------------------------------





3 hari lalu, aku sakit-sakit kepala, terasa pening dan kepala pun macam dah mereng sebelah. Jadi aku pun pergi ker klinik kesihatan, memandangkan ubat dia free, aku pergi jerlah sebab konon-konon nak minta aspirin free. Buat muka kesian, muka penat, muka blur, akhirnya nurse bagi aku Paracetamol 500mg. Adeh, aku dah immune dengan paracetamol. Nurse juga bagi aku vitamin B complex sebab dia rasa aku kurang energy. Aku pun makan lah, kut-kut bila bangun terus dapat kuasa superhero. Boleh angkat kereta u.....Dua hari dah aku amik pil tuh, apa jadinya...?

Asyik nak makan jer kerja. Makan makan makan. Tak lama habis juga lauk kat gerai ni aku makan. Makan makan makan....wuwuwuwuwu stop lah.....nanti nak pakai kemeja pergi interview. Taknak lah nampak buncit. Uwarghhh mum help me...   :""(

Tak pernah aku terfikir.....

seumur hidup ku, yang satu hari nanti aku akan nampak diri aku di warung gerai makan......

mengangkat pinggan dan gelas siap dengan sisa baki makanan orang, tisu-tisu basah, puntung rokok dan kayu pencungkil gigi yang dah mengena umpan.

memegang kain lap separa basah, membersihkan meja yang disinggahi butir-butiran nasi yang ditemani dengan tompokon air milo ping

bercakap dengan seorang makcik yang sombong ekpresi mukanya "lima ringgit dua puluh sen saja..." macamlah aku nieh tak pandai kira nak tipu duit ko tapi syukur alhamdulillah....rezeki untuk hari itu

dan yang paling susah untuk aku terima, rupa-rupanya berkerja dengan ibu sendiri dalam situasi ini tidak mudah dan sangat stress.....



Edit gambar si Amoi

Aku dah lama tak buat editing. Jumlah picture dah bertambah. Semua kena marinate dalam hard disk. Nak buat jamuan BBQ agaknya. Kadang-kadang idea nak edit tuh banyak jer datang, tapi cepat jer dia chow. Last-last tersimpan lagi gambar-gambar jadi jeruk. 

Entah lah, kadang-kadang semangat nak buat editing tuh berkobar-kobar. Lagi-lagi bila tengok koleksi orang kat facebook, fuhh mengancam. Tapi bila buka photoshop, terus blur. Ceitt betul. Selalu macam tuh. Sama lah macam time nak amik gambar. Bila camera tertinggal kat rumah, idea tuh datang macam superman. Macam ada slide show kat otak, dah boleh bayang tuh gambar yang nak diambil. Tapi bila camera kat tangan, pupp. Eh salah bunyi....Popp. Eh salah juga....Bila camera kat tangan, terus kaku. Errr.....ahhh.....nak snap apa ehh?

Hmm ini adalah perkara yang tidak sihat! Tidak baik untuk minda dan hati. Apa kena mengena? Tapi ini tak baik. KB ngan SN sendiri dah cakap, dah balik kena rajin practise. Tak guna peruk CS dengan gambar-gambar ngko tuh....Pergi lah buka CS ko tuh...pergi lah edit......'Oww okeh......errrr....ahhh........'

Jadi, hasil untuk petang ini, ku persembahkan Ms Lena! 




Wey.....sila lah kritik....tak kritik camner aku nak tau kemajuan aku? :(

* naper bila dah upload sini gambar jd blur...? eh blurnyer aku.....

Hari Khamis aku jadi HULK jika....

urusan untuk menonton dr House pada waktu 10 malam di ganggu. Yer aku sangat marah. Aku sangat-sangat marah dan rasa macam nak mengamuk sambil menangis guling-guling kat tepi jalan. Aku sangat marah sampai aku rasa macam.....ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Aku kerja kat gerai, 6 hari seminggu, korbankan segala series favorite aku. Good bye CSI. Good bye So You Think You Can Dance. Good bye Benci Bilang Cinta. Good bye Astro dan TV. Tapi satu jer.......
Jangan paksa aku cakap babai dekat House. Aku tak boleh. Memang tak boleh. 

Kenapa hari Khamis waktu begini pun nak tahan aku kerja overtime? Nak balik lah. Nak balik. Nak tengok dr House. Lagi sejam mula, aku dah risau sampai tak boleh nak senyum dan dengar apa orang order. Hah? Apa pakcik? Pakcik order nasi goreng kangkung....? :?

Nak jadi orang baik kena berhati-hati

Diambil dari blog Daddy Zuki *1st aku ingat ni blog pasangan bapa gay....sorry.....*
Yang di link kan oleh cik NinaNeno dari facebook *ahh buka facebook lagi.....*

Someone shared the following cases :

(1) Today i passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly called me. He said he didn't know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine. I answered 'NO!! If you need help, ask the security to help you.ʼ Then he said 'never mind....ʼ and continued to find other people to help him...

REMEMBER: ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card. Besides, his ATM card could be a stolen one. So please be careful of these frauds.

(2) Suddenly your house lights go off. From your window you find that! Your neighbors still have lights. So you go out of your house to check the Meter Box. But once you open the door, a knife will be pointing at you and preventing you from closing it. This is when you will be robbed and injured robbed and injured.

REMEMBER : Even though your electricity suddenly goes off, DO NOT open your door immediately. Look around to see if there is anything unusual or if there is any noise around.

(3) This is another incident. You may have heard it before, It js about a lady who she saw a kid crying by the roadside When she spoke to the kid, the kid told her he was lost and wanted her to take him home. The kid even gave her a paper with his house address. So she took him home. But when she rang the door bell she had an electric shock. Later when she woke up, she was naked in an empty room.

REMEMBER: Being such a compassionate and helpful person might not be a good thing these days. Pass this on and girls, please be careful..

DON'T BE TOO KIND!!

(4) One day, there was an old lady outside my house holding 2 packets of sweets. At first I thought she was our neighbour and wanted to give us these packs of sweets as a gift.. But then when she spoke, I can realize that she is was foreigner. I could not understand what she was talking about. I guessed she must be asking for money. I sensed there was something wrong and immediately closed the door and ignored her. Later, I found she and an accomplice robbed someone else down the road

(5) I was at the ATM machine to withdraw some money. Behind me, there was an old lady. She asked me whether I was able to withdraw my money because she said she had problem with her machine. Suddenly a small girl came up beside me. The small girl was squeezing in front of me. I thought she was just naughty and playful. But then, the small girl put her hand at the hole of my ATM machine where the money comes out; ready to take away my money. I sensed something wrong and immediately push her away. Later I realized that the small girl and the old lady worked together. She was trying to steal my money while the old lady was trying to distract my attention by asking me questions!!

REMEMBER: BE VERY CAREFUL when you are at an ATM machine and be alert. Look out for anyone suspicious around you.

(6) My parents are retired and stay at home most! Days. One afternoon, a young stranger went to their house and said his motorcycle had no more petrol and the petrol station was too far for him to push his bike there. So he asked my parents for an empty coke bottle to buy some petrol. He said he will pay RM2 for the bottle. So my mum took one coke bottle for him. He really took out the money from his pocket, but it was a RM 100 note. He told my mum he had no small change and asked my mum to give him the change. Luckily my mum was smart. She just told him to take it for free.

REMEMBER: obviously that note is fake!! Who would want to pay for RM2 for an empty coke bottle!! It's very OBVIOUS that that stranger is a trickster.

(7) This happened in Bali . A newly married couple was having their honeymoon at the hotel. When both are in the changing room, the wife suddenly went missing. The husband was very anxious and went around finding her. He asked the hotel staff to help him find her. Then he thought his wife was just playing hide and seek. So he went back and waited for his wife. After a few hours, he decided to call the police. 3 weeks passed and there was still no news about his missing wife. So he went back and was very disappointed and sad. A few years later, he came back to Bali, to watch a 'FREAK SHOW' in an old house. He saw a dirty and rusty metal cage. Inside there was a lady without limbs Her body including the face was full of scars. When he had a closer look at her face, he was shocked to find that it was her missing wife put there as a means for begging.

(8) This happened in Shanghai. A few yeas ago, a lady reported to the police that her cousin sister was missing in the shopping complex. But after 5 years, one of her friends found her cousin sister begging at the road side one of the streets in Bangkok, Thailand. The worst thing is that her cousin sister has no more limbs and her body was tied to a lamp post with a shackle (metal chain).

(9) Let's just shorten this story. DO NOT open your house door when you hear the sound of a BABY CRYING!! It might be a trap! Women in the house must be alert to this trick. The police said it is the work of a robber or murderer using the recording of a baby crying to attract your attention. This normally happens at night and when you are only alone in the house be especially.

(10) I read an email that was sent by my friend. Her friend, known as A, went to Luo Hu Commercial City with 2 friends, B and C. Luo Hu Commercial City is the Shenzhen counterfeit goods distribution center. There are many people there. It's also near to the Shenzhen train station and Hong Kong's Luo Hu Port. C went to the toilet at the shipping centre while A and B waited outside. After waiting for a long, time they felt uneasy and went into the toilet to look for her. When they went in, there was nobody inside there. Both were scared and they called C's phone. There was no one answered. So they reported to the police. The police asked them whether they had seen anybody suspicious going into the toilet.. Both said there were none and itʼs impossible to bring a life person with more out of the toilet without them noticing! Then A remembered seeing a cleaner pushing a trolley in, and then coming out. The police told them that was not the 1st time such a thing happened. The police suspected a gang of criminals who were always attacking women in the the toilet of shopping complexes. They use cleaners to kidnap people to harvest their organs for sale.

REMEMBER: please be careful when using the toilet.

Do not go to the washroom or toilet ALONE!! Please at least have a partner with you.

Aku tukang JEALOUS

Ya, aku memang si tukang cemburu. Lagi-lagi bila aku dah terlalu penat bekerja, tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Hati sensitip ku ini mudah tersentuh dan cemburu.... wuwuwuw :"'(

Reason untuk aku cemburu pun kalau korang tahu mesti korang cakap " Ah begok juga kau nieh!". Okeh....maybe korang tak cakap macam tuh. Kalau makcik-makcik aku kat Tawau sure cakap macam tuh *pengaruh drama indon lah nieh..ker dah dekat ngn sempadan?*

Satu minggu ni memang memenatkan. 3 hari tak dapat tidur lena, sebab asyik terjaga dek mimpi kena pegang hantu. T_T macam damn kan....asyik-asyik mimpi hantu. Siap terasa lagi tuh kehangatan sentuhannya. 3 hari kemudiannya pula, penat berkerja di gerai makan dari jam 5 pagi hingga 12 tengah malam. Cinderella kena balik rumah kul 12, nasib baik bukan kul 2 pagi....Mulalah kehidupan tidur hanya 4-5 jam. Ahhh mind dan body aku tak boleh terima! Aku kan ahli kelab TIDUR 8 JAM WAJIB UNTUK KESIHATAN. Kalau dapat rehat yang cukup....nak kerja 16 jam pun aku tak kisah..Jadi, aku dalam mode yang sangat penat sekarang. Uwahh sampaikan bila atuk aku tanya "Dear...how r u? Okeh juga...?" boleh keluar air mata ni sebab nak menjawab.....Wuwuwuwu....

Dan membuka facebook diwaktu-waktu ini adalah satu kesilapan besar. Ahhh. Benda bodoh pun aku nak jealous. Mereka berbalas komen ngok ngek ngok ngek hahahaha eh u i macam dh tergoda kat u lah hahahaha macam tuh pun aku nak jealous....Panas lah kut...tengok tediber ko mesra ngan girl lain siap minah tuh boleh cakap i rindu kat u lah. #.#!! Ahh memang ciri-ciri tukang jealous betul. Tapi aku jealous tak kecoh macam bitch-bitch lain. Opss terkeluar pulak. Tak main ar attack orang, sergah-sergah orang, maki-maki orang... Hahaha. Aku duk diam makan ati jer......pastu tulislah kat blog...wuwuwu ~.~

Ah sudahlah....apa kata kita mulakan pagi cuti ini dengan menatap wajah Mesut Oezil.....I Lap U Ozil!



Mata Ikan II

 Saya mahu ini =)


Fish Eye 2 Rip Curl Special Edition

Dengan body yang colourful : kuning-hijau-biru-maroon , memang mood summer lepak kat tepi pantai ah, siap dengan logo Rip Curl, saper tak nak?? Aku nak!! Fish Eye aku black-silver jer. Belakang dia pulak color biru, ada logo besar lagi...aih meleleh chot tengok fish eye ni.......

Features :- (macam FishEye 2 juga)
-Fisheye Lens (170 degree)
-Built in flash
-Ada hot shoe mount tuk external flash
(boleh pasang colour flash!!)
-Mode 'Multiple-expose' - gambar lapis2 ah
-Bulb setting, Lock setting
-Lens Cap dengan strap
-Poster, FishEye View mini album,
instruction manual
-Filem macam biasa : 35mm

Semua ni anda boleh dapat dalam kotak ini!


Les Deux Clothing jual RM 350. 
Fuhh serat beza. Nama pun special edition kan =)

Dilarang Masuk


Ya, kau dilarang masuk ke dalam hati ku lagi..!
Eiseh, drama habis lak. Huhuhu.

Gambar kat atas di snap sewaktu melakukan tugas dengan FRC di Hutan Simpanan Ampuan di Ranau. FRC ni baik hati juga, sebab sudi panggil aku *ex-practical student* untuk join expedition. Huhuh sebenarnya sebab section aku tuh tak ada calon nak masuk hutan. Pacik-pacik tuh semua malas nak naik bukit. Terpaksalah bos aku call, panggil yang muda-muda ini untuk membantu. Sayang si starzgate jauh, kalau tak engkau pun kena heret sekali beb. So jangan cakap banyak, terus ke niat asal iaitu nak show off beberapa gambar yang tak lawa mana pun. Hahaha menyampah lak aku baca ayat sendiri ni chot.


 Rima( bai..sumer org ckp dia mcm ko) dgn si ina - Team Budak Muda
 Orchid liar..Liar tapi cantik...uu sexy. Lol



 Cuba main dengan shutter. Ya lah...tau....tak jadi kan?

Local Nepenthes

 Gerai buah di Kundasang :)

 Strawberry!! Tapi mahal...... :(



So cukuplah? Cukuplah menunjuk? Heheeheh mungkin kena kutuk2 dah aku sekarang ni kan. Kalau baik hati silalah bagi komen atau kritikan yer....saya kan masih belajar

Terima kasih

MAS, boleh kau sponsor saya tiket 1-way?

Ini malam saya kena rasuk hantu blogger. Macam kena inject dengan satu virus, terus mau update new entri saja kerja. Heheh macam zaman dulu-dulu la bah nieh. Mau tulis blog saja. Eh? Lain lagi cara percakapan saya ni. Hahaha memang kau ni, kena rasuk.

Okeh, stop lah cakap rasuk. Takut nanti tidur, mimpi hantu lagi. Dua malam ni kan, balik-balik saya mimpi hantu. Gila ow.....terus tak boleh tidur. Itulah, kesian kan tiada bilik. Terpaksa tidur di ruang tamu....luas....gelap.....dinding pun kaca saja.... Itulah nenek saya ni, mau juga letak tingkap besar-besar di rumah. Pakai dinding saja lah....Seram bah tu tidur di ruang tamu malam-malam. Nah stop lah kau merepek.

Bulan ni terasa macam pantas sungguh berlalu. Memanglah, hampir dua minggu saya di KK. Itu pun tidak puas lagi. Apa kau fikir, orang yang sudah 12 tahun tinggal di bandar, ada TGV, ada MPH, ada macam-macam tempat makan, tiba-tiba terdampar di tawau, mau beli buku Sudoku pun tidak jumpa. Dapat pergi KK, terus rasa macam tak mau balik. Saya ni suka tengok wayang punya orang, suka melepak di tempat makan, suka duduk-duduk di kedai buku baca buku photography. Stay di KK lama-lama, sendiri lagi tuh, macam holiday berabis. Best tidak terhingga. Sanggup tengok 4 movie dalam 1 hari. Hari Rabu bah pula tuh, murah tau tiket, mana boleh kasi lepas. Boleh minum YOYO lagi, next building saja dengan hotel. Tapi satu ja perkara yang tidak best. Kenapalah tu si batman, macam tau-tau saja saya datang. Baru bikin panas lagi...macam lah orang pigi sana mau cari kau....nah kan..... 

Hai senang cakap, saya rindu lifestyle yang begitu. Tiba-tiba saya rindu Klang, rindu Shah Alam, rindu KL. Haish.......bolehkah saya pulang ke sana? Boleh? Boleh kah???

"Tak boleh!! Kau stay sini sampai rumah siap, jaga gerai makan" jerit ibu dan ayah saya.

Haish.........

Ada Minat, tapi tak ada Bakat, macam mana?

Parent aku sangat mendesak.
Dorang desak aku buka studio gambar? Hah? Baru 4 bulan aku pegang D3000 tuh, amik gambar pun masih macam anak ayam lagi. Apalah sangat ilmu yang aku ada, tak layak lagi nak buka studio. Kena amik macam-macam kursus dulu, kasi khatam dulu chapter lighting, baru boleh buka kedai gambar and bla bla bla.

Parent aku sangat mendesak.
Dorang desak aku buat service process, edit dan design gambar. Hah? Aku belajar photoshop pun, blajar sendiri-sendiri. Tengok tuts, pastu tukar-tukar sendiri. Senang cakap belajar sendiri. Apa jer yang aku tahu, takat main layer, main curve, main filter, dan sedikit manipulation. Banyak lagi yang aku tak tahu...Edit simple-simple mungkin boleh lah, tapi nak buat servis? Entahlah...aku macam tak yakin...

Baru baru ni berpeluang join bengkel editing gambar Kukubesi kat KotaKinabalu. Sehari jer....haish memang rasa tak cukup. Macam tak cukup nak hirup ilmu sifu KB, macam tak cukup nak dengar cerita sifu KB. Tapi berbaloi jugalah aku ikut, walaupun yuran dia macam mahal sikit..sehari jer kan. Tapi aku dapat buka minda aku, camner nak main color balance, kat mana nak tekan kan light dia, camner nak manipulasikan lagi gambar yang simple. Benda yang aku selalu guna, tapi aku tak tahu camner nak guna cara yang sebaiknya. Itulah yg aku belajar. Meh nak tunjuk sikit apa aku blajar aritu guna stock gambar KB






Smart kah? Tapi smart lagi yang KB buat. Huhuhu. Tapi macam ini boleh lah. Dia sudah bagi guide, tinggal kita follow dan add sikit-sikit ikut rasa dan idea kita. Idea, itulah yang problemnya. Aku bukan dilahirkan macam KB, memang ada bakat semulajadi. KB pandai melukis, aku tak pandai pun. Setakat copy lukisan orang bolehlah. Sebab tuh bila buat design, kadang-kadang aku boleh jadi kaku, sebab idea tuh tak timbul. Kadang-kadang idea banyak, tapi tak tau camner nak applykan.. Tapi kalau setakat nak ikut tut, atau guide orang senang jer. Sebab tuh aku terpaksa setuju dengan ayat KB harituh " nak tengok orang tuh berbakat ker tak, tengok dia pandai melukis ker tak...". Walaupun mematahkan hati ini mendengarnya, tapi macam betul juga. Aku ada minat, minat yang sangat mendalam. Tapi kalau setakat minat jer, tapi tak ada bakat, susah juga. Itu yang buat aku tak ada keyakinan. So macam mana nak buka kedai? Macam mana nak buat service? Macam mana nak amik gambar orang? Aku perlukan masa....jadi jangan lah desak....

Benda macam ni bukan senang. Beli camera, beli lens, beli speedlite, ikut satu kursus, benda benda macam ni tak kan boleh buat orang jadi pakar dalam satu hal tuh. Benda-benda ni tak kan boleh buat aku terer dalam bidang ni dalam sekelip mata lak tuh....jadi jangan desak aku....bagilah aku masa....

Susah ker dorang nak faham hal ni?

Aktiviti panaskan jari

So, aperture? Aperture?? Get it? (Apa-cer??)

Hahaha adakah itu soalan yang betul untuk saya tanyakan kepada anda? Atau itu soalan yang sepatutnya untuk saya? Bolehkah saya jangan merepek, sudahlah lama gila tidak tulis blog, tiba-tiba sekarang mau merepek.

Pertama sekali, saya mesti minta maaf pada semua kalau kamu rasa "Aperhal macam pelik jer minah ni bercakap?". Memandangkan dekat 4 bulan sudah saya balik kampung *berhijrah balik ker Tawau*, hari-hari pun bercakap macam macik bugis dekat pasar, so saya rasa macam lebih selesa untuk menaip dalam bahasa begini. Jadi harap-harap kamu fahamlah ya.

So kita sambung cer kita tadi. Penat aku mengarang dalam otak sewaktu di kereta tadi, mau bercerita pasal perkara-perkara yang amat mengganggu fikiran sekarang ni. Bila berhadapan dengan laptop, dah login blogger, terus macam terlupa apa yang mau di cakap ya? Camana mau start ya?

Macam berkarat sudah bakat saya mau tulis blog ni. Eceh, macam lah kau ada bakat. Jadi aperture nieh? Anggap sajalah ini aktiviti untuk memanaskan jari, otak dan minda, sebelum aku merepek lagi panjang-panjang nanti ya. Hahahaha. Cis macam suey saja ko nieh

Mana Hilang? Tanam Ubi Dekat Batu Granit Eh?

Salam 1Malaysia! Wah semangat..!! Lama hilang tiba-tiba muncul dengan semangat kenegaraan gitu. Cewah hentikan lakonan mu.

Jadi, setelah berbulan lamanya, tidak berpeluang untuk online menggunakan laptop *asyik main twitter kat handphone aja*, akhirnya malam ini, aku dapat online dengan line yang laju. Wuhuu sini ada 3G, tak macam kampung aku.. 0G. Tapi dah lama tak buat entri, tiba-tiba otak ini blur nak tulis apa yer? Nak tulis pasal kehidupan menganggur, buat malu I jer...nak tulis citer jiwang, kang orang muntah walaupun ini blog jiwang. Nak tulis pasal percutian, hari ni baru start bercuti. Wahahaha. Yes, aku di Kudat lah ni. Sempena cuti sekolah yang tak ada kaitan dgn aku, kami sekeluarga cuti cuti satu Sabah. Tak lah satu sabah..... ke bahagian Utara jer. Hari ini pergi Simpang Mengayau kat Kudat, memang cun ahh. Korang kalau tak turun Sabah tak datang sini memang rugi ah. Kenapa cun? Aku pun payah nak cakap, tapi bila dah sampai, wah rasa best. Tak rugi datang.

Esok pergi Kota Kinabalu pula. Nak minum Yoyo. Kempunan bah saya ni...eheheh


Okehla, malas nak tulis lagi. Kalau rajin aku datang nanti, aku upload gambar okeh?

Tutorial : Buat Tulisan Header Duo-Color

Okeh, jangan cakap panjang, cepat buka Photoshop semua. Sebelum cikgu rotan, so cepat cepat cepat!! =)


Hari ini, atas permintaan seorang kawan yang jauh, kita akan belajar cara-cara nak buat tulisan berwarna-warni seperti di header saya itu. Ya, mungkin ramai yang dah tahu, tapi tutorial ini untuk orang yang tak tahu. So yang dah tahu, kalau nak juga baca, sila buat-buat tak tahu. Tapi sebelum itu, please forgive me kerana bahasa yang kurang baik. Sejak akhir-akhir ini, saya makin teruk dalam penulisan esey, jadi maafkan lah saya yer kalau korang tak faham apa aku cakap. Okeh stop membebel, mulakan tutorial cara saya. Owh maafkan saya kerana gambar agak blur. Entah lah kenapa, tadi cun jer. Dah masuk blog, sedih jer aku tengok kualiti dia.




1. Buka photoshop anda. Saya guna versi CS3, anda saya tak tahulah. Sama jer kut. So, sila buat seperti gambar di bawah ini. First layer, biar kosong dengan warna pilihan anda. Layer kedua, sila taip apa-apa sahaja menggunakan type tool.



2. Guna Magic Wand Tool, klik di huruf pertama. Kemudian, tekan shift *jangan lepas*, klik di huruf seterusnya. Then ulang lagi sampai dah klik semua huruf. 


3. Lepas dah buat selection dekat huruf-huruf itu, buat layer baru diatas layer 'begini'. Pergi Layer > New Layer. Atau tekan Shift+Ctrl+N. Sebab, kita akan mewarnakan semula huruf-huruf tu diatas layer ini. Kemudian, sila right click dekat simbol baldi tuh, dan klik Gradient Tool. Then, tengok di atas, pasti ada rupa seperti di kotak kedua tu untuk edit gradient. Klik benda itu. Maka akan terbuka lah satu box baru 'Gradient Editor'. Disini, korang boleh tukar color yang korang nak. Macam aku, aku guna balik color pink itu untuk bahagian atas, light blue untuk di bahagian bawah. Korang juga boleh adjust nak bagi lebih color pink or light blue dengan gerakkan color midpoint tuh.Then tekan OK.




4. Di layer baru, klik di atas huruf, drag sampai ke bawah. Lebih pun tak apa, lagi elok. Contoh gambar di bawah ini. Bila anda lepas, akan nampak lah hasilnya.




5. Lepas tu, kita boleh buat stroke di tepi huruf untuk buat dia nampak lebih jelas. Right click pada layer 2 tadi, klik di Blending Options. Di box 'layer style' ada macam-macam pilihan kita boleh guna. So klik di stroke, kemudian edit setting dia ikut citarasa masing-masing. Boleh tukar color, boleh tukar size stroke itu. Nak kecik ker tebal ker. Bila dah puas hati tekan Ok.


6. Akan dapat lah seperti ini. Siap!


Kalau aku, aku akan tambah lagi, letak drop shadow dan outer glow biar tak nampak kosong sangat.


Jadi itu sahaja untuk hari ini, harap-harap dapat membantu. Eheheh sekali lagi, minta maaf sebab penggunaan bahasa yang tak baik. Memang tak lepas jadi cikgu =)

Total Pageviews